Keutamaan Malam Lailatul Qadar dan Bocoran Kapan Terjadinya

1 April 2024, 19:49 WIB
Ilustrasi malam lailatul qadar. /Freepik/sketchepedia/

KILASCIMAHI - Kamu pasti sudah tidak asing lagi dengan malam Lailatul Qadar, malam istimewa yang Allah siapkan hanya sekali dalam setahun dan terjadi di bulan Ramadhan.

Malam Lailatul Qadar ini, disebutkan sebagai malam yang lebih baik dari pada seribu bulan. Artinya setiap amalan yang dikerjakan pada malam tersebut, Allah lipatgandakan pahalanya.

Lalu sebenarnya apa sih keutamaan malam Lailatul Qadar dan kira-kira kapan akan terjadi? Simak artikel berikut ini yuk, kami ulasa untukmu.

Amalan Yang dianjurkan

Amalan-amalan yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan, seperti:

  1. Solat sunah
  2. Tadarus Al-Qur’an
  3. Doa malam Lailatul Qadar

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Antara kelebihan malam ini ialah:

1.Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan.

Imam al-Qurtubi berkata:

Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Banyak ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.

Baca Juga: Masuk Dalam Tiga Besar Survey Calon Walikota Cimahi, Ini Tanggalan Yudi Surjadi

2.Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.

Imam Qurtubi berkata:

Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

3.Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

4.Mendapat keselamatan dan kebaikan hingga keluarnya fajar.

Al-Dahhaq berkata:

“Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.”

Sedangkan Mujahid berpendapat:

”malam itu merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan kejahatan pada malam tersebut.”- Tafsir al-Qurtubi 20/133.

 Baca Juga: Recook Yuk! Begini Cara Buat Sop Buah Simpel Cocok dah Jadi Menu Buka Puasa Tiap Hari

Kapan Lailatul Qadar

Lailatul qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Carilah Lailatul qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan menghidupkan malam (dengan ibadah) dan menjauhi isteri-isterinya.

Terdapat banyak pendapat tentang kapan terjadinya atau datangnya lailatul qadar, antaranya adalah:

  1. Pada malam 27 Ramadan

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Mengikut Abu Ka’ab katanya: 

“Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: 

“Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A yang bermaksud: 

“Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”

Baca Juga: Ide Menu Buka Puasa; Cek Resep Corndog Sosis Mozzarella Cocok Jadi Cemilan Keluarga

  1. Berlaku Pada 23 Ramadan

Inilah pendapat Imam Syafii

Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-tahawi

Ia berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”

  1. Berlaku Pada 21 Ramadan

 Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie.

Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.”

  1. Berlaku Pada Malam Terakhir Ramadan

Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.”

— Riwayat Ibn Nasr

Demikian ulasan mengenai kapan malam Lailatul Qadar dan amalan yang bisa dilakukan di malam tersebut.**

Editor: Kamariah

Tags

Terkini

Terpopuler