Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Dibandingkan Dengan Malam Lainnya Dalam Bulan Suci Ramadhan

- 28 Maret 2024, 07:12 WIB
Keistimewaan Malam Lailatul Qadar
Keistimewaan Malam Lailatul Qadar //klikmataram.com/Makrup

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Carilah Lailatul qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan menghidupkan malam (dengan ibadah) dan menjauhi isteri-isterinya.

Terdapat banyak pendapat tentang kapan terjadinya atau datangnya lailatul qadar, antaranya adalah:

Pada malam 27 Ramadan
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Mengikut Abu Ka’ab katanya:

“Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud:

“Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A yang bermaksud:

Halaman:

Editor: Baiq Aprilia Intan Sinara H.


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah

x