Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Banyak ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.
Baca Juga: Sop Buah Maknyus Asli! Cara Buatnya Simpel Pula, Recook Yukk!
2.Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.
Imam Qurtubi berkata:
Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
3.Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
4.Mendapat keselamatan dan kebaikan hingga keluarnya fajar.
Al-Dahhaq berkata:
“Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.”
Sedangkan Mujahid berpendapat: